Sunday, December 14, 2008

Membazir

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.Membazir biasa dikaitkan dengan consumption dan perbelanjaan. Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya. Ringkasnya, membazir adalah meng-allocate unsur-unsur tersebut ke satu tempat, yang sepatutnya boleh diletakkan di tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat. Ini dipersetujui semua.

Ada benar dalam takrif ini. Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan pengisytiharaan ayat 17:27.Seorang Muslim perlu tahu apakah hakikat membazir dan bagaimanakah sesuatu consumption boleh dikatakan membazir. Kritikalnya seorang Muslim perlu mengetahui adalah kerana Allah SWT melabelkan pembazir itu sbg saudara Syaitan.

Ini merupakan satu label yang sangat sangat menghinakan, di mana Rabb Pencipta yang disembah sekalian alam meng-adik-beradik-kan manusia dgn makhluk yang paling dilaknati dan dimurkaiNya. Takkanlah dengan sekadar makan lebih, terlebih beli barang, bil elektrik tinggi, tiba2 Allah cap sebagai saudara Syaitan.. Atau seseorang yg melepaskan diri dari semua tadi dgn ber-diet atau berpuasa atau guna NGV utk keretanya terus terselamat dari status tersebut? Jadi, perlulah kita teliti hakikat membazir sehingga ia menjunamkan manusia ke status yang menghampakan itu..

“Alamak, kena save ni, bulan depan nak pegi konsert!”

Imam Syafi’e telah memberi satu takrif membazir yang pada saya lebih “real”, dan menepati ayat 17:27. Beliau mendefinasikan pembaziran sebagai membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran in other words, berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat, kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta, masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul, rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya (konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di jalan “ini” merupakan keperluan semasa, tanggungjawab pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai khidmat pulangan kepada masyarakat.

Tapi hakikatnya, segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok; Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk Mungkar. Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). Maka, apabila Allah sudah isytihar “Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura”, mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya?

Benarlah juga: Membazir boleh dalam bentuk wang, harta, masa, hidup, umur, tenaga, ilmu, cinta, fikiran, kerja, hati, ingatan dan sebagainya (Ibnul Qayyim). Segala sesuatu jika ditujukan untuk mengingkari Allah, ianya telah menjadi pembaziran yang merugikan. Syaitan Telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka Itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi. [58:19]

Berapa ramai sahabat Nabi, yang sebelum memeluk Islam, mereka menghabiskan wang, tenaga, masa dan pemikiran untuk menentang Islam.. tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertekad untuk menggandakan apa yang mulanya digunakan untuk menentang Islam, tapi kini untuk mengembangkan dan mempertahankan Islam. Contohnya Ikrimah & Khalid RA. Mereka sedar expenditure mereka sebelum ini adalah pembaziran yang merugikan.. lalu mereka ingin “membayar ganti rugi” diri mereka dgn memberi bayaran yang sama atau berganda untuk Islam!

Jumhur ulama mengatakan tidaklah pula dikatakan membazir jika perbelanjaan itu dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan dan kebenaran. Kerana itu, bagaimana pendapat anda tentang Abu Bakr dan Suhaib Ar-Rumy yang telah mengorbankan seluruh-luruh-luruh harta benda mereka untuk Allah.. adakah ia merupakan pembaziran? Pada saya, merekalah orang yang paling cermat berbelanja.. Orang yang menyimpan duit untuk melakukan maksiat bukan berjimat cermat. Mengikat perut untuk membeli tiket konsert bukan berjimat. Mengumpul duit untuk belanja girlfriend/boyfriend bukan berjimat.

“Alhamdulillah, aku dah save duit scholar banyak dah.. lepas ni cukup la duit nak beli buku Harry Potter 10 set”

Oleh itu, para pembaca sekalian, selepas ini, berhati-hatilah dalam perbelanjaan dan consumption anda. Pastikan anda tidak membazir! Rancanglah perbelanjaan anda ke jalan kebenaran dengan memenuhi hak-hak Allah, Rasul, dakwah, keluarga, diri sendiri dan ummah. Kalaulah di hujung bulan pun poket anda kosong dan badan anda letih.. sekurang2nya anda tidak “membazir”..Allahu’a’lam

“Jangan beli produk Nestle.. itu penyumbang besar kepada Zionist.. membazir jer kita bagi duit kat dia..”

0 comments: